SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT

Wednesday 27 June 2012

Jom Sertai Saham Akhirat: Sekolah Rendah Al Naim Memerlukan Sumbangan Anda

Sekolah Rendah Islam Al Naim (SRAN) ditubuhkan sejak 1 Januari 1984 ianya sebuah institusi pendidikan peringkat rendah yang tidak bermotifkan keuntungan.

Sekolah ini semakin berkembang dengan pesatnya dan bilangan pelajarnya terus meningkat dan permintaannya bertambah saban tahun. Justeru itu, pembangunan sekolah juga perlu ditambah dari masa ke semasa bagi menampung permintaan ini.

Pengajian di sini banyak menitik beratkan pengajian kerohanian di samping pengajian akademik. Ia bertujuan melahirkan pelajar berilmu cemerlang dan berakhlak mulia serta mendapat kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.

Kini SRAN makin berubah wajah dari sudut prasarananya yang semakin baik dan selesa hasil sokongan dan sumbangan para penyumbang. Kini, sekali lagi kami menyeru dan merayu kepada para dermawan untuk menghulurkan sumbangan bagi membina bangunan sekolah tamabahan 3 tingkat yang sedang giat dijalankan. Semoga Allah memberi ganjaran berlipatganda di atas sumbangan anda.

"Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Maksud Surah al Baqarah 261

No comments:

Post a Comment