SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT

Wednesday 27 June 2012

Jom Sertai Saham Akhirat: Sekolah Rendah Al Naim Memerlukan Sumbangan Anda

Sekolah Rendah Islam Al Naim (SRAN) ditubuhkan sejak 1 Januari 1984 ianya sebuah institusi pendidikan peringkat rendah yang tidak bermotifkan keuntungan.

Sekolah ini semakin berkembang dengan pesatnya dan bilangan pelajarnya terus meningkat dan permintaannya bertambah saban tahun. Justeru itu, pembangunan sekolah juga perlu ditambah dari masa ke semasa bagi menampung permintaan ini.

Pengajian di sini banyak menitik beratkan pengajian kerohanian di samping pengajian akademik. Ia bertujuan melahirkan pelajar berilmu cemerlang dan berakhlak mulia serta mendapat kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.

Kini SRAN makin berubah wajah dari sudut prasarananya yang semakin baik dan selesa hasil sokongan dan sumbangan para penyumbang. Kini, sekali lagi kami menyeru dan merayu kepada para dermawan untuk menghulurkan sumbangan bagi membina bangunan sekolah tamabahan 3 tingkat yang sedang giat dijalankan. Semoga Allah memberi ganjaran berlipatganda di atas sumbangan anda.

"Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Maksud Surah al Baqarah 261

Berita Baik!! Sumbangan Pembangunan & Sumbangan Ihya' Ramadhan

 Sumbangan Pembangunan & Sumbangan Ihya' Ramadhan
Demi untuk melihat sekolah ni terus memberi sumbangan kepada masyarakat pihak lembaga tadbir merayu kepada tuan/puan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan dan menyokong sekadar yang terdaya. Sumbangan dan sokongan tuan/puan moga diberi ganjaran berlipatganda dari Allah SWT di akhirat kelak.

Sumbangan Anda Diperlukan ....
ZAKAT / INFAK Untuk Pelalar Yang Layak
Kami mempunyai anak-anak yatim, miskin yang layak menerima zakat. Sekiranya tuan/puan ingin melihat zakat digunakan untuk melahirkan insan soleh maka inilah jalan terbaik untuk menghulurkan zakat.

WANG FAEDAH BANK Untuk  Kegunaan Awam

Kami mempunyai perancangan untuk kegunaan maslahat umum seperti pagar, membaikpulih jalan, membina tandas dan membaiki dewan sekolah. Jika tuan/puan mempunyai duit riba (faedah bank), maka kami dengan senang hati ingin membantu untuk dimanfaatkan.
Anggaran kos untuk perancangan tersebut jalan bertar, keceriaan lanskap, tandas dan berjumlah hampir RM8O,000.00

SUMBANGAN  Program Ihya’ Ramadhan

Pihak sekolah mengadakan pelbagai kegiatan dan program di bulan Ramadhan seperti:
           * Majlis berbuka puasa & sahur
           * Solat Terawih berjamaah
           * Tadarus Al Quran & TahIiI
           * Majlis Ilmu dan menghidupkan 10 malam terakhir. 


SUMBANGAN Pembangunan

SEKOLAH RENDAH AL NAIM
BANK ISLAM  : 02020010040441 (Caw. Sungai Petani)

Suasana & Aktiviti Sekolah Rendah Al Naim